Bercuti di Langkawi 3H2M - Day 1
Macam biasa bila dah habis musim Monsun ni mesti lah tergedik-gedik nak bercuti di pulau. Nak swimming lah, nak snorkeling lah walaupun tak pandai berenang. Mulanya plan nak ke Pulau Kapas takpun Pulau Perhentian sebab dekat aje dengan Kota Bharu ni. Tapi plan bertukar sebab Abah nak sponsor voucher di Aseania Resort & Spa Langkawi. Voucher ni inclusive of superior room and breakfast for 3 days 2 nights. Bila check Agoda, harga bilik di resort ni almost RM300 jugak 1 malam. Kitorang pun apa lagi, on selalu. Hihi 😀
![]() |
Sini must-have photo setiap kali ke Langkawi selain di Helang besar tu. Sumber gambar The Frangipani Langkawi |
So, hari Jumaat 31 Mac 2017, kitaorang bertolak dari Sungai Petani ke Langkawi jam 9 pagi. Perjalanan dari Sungai Petani (Utara) ikut highway Utara-Selatan ke Alor Setar ambil masa lebih kurang 1 jam lah jugak nak ke jeti Kuala Kedah. Kalau nak ke jeti Kuala Perlis pulak, tambah lah lagi 45+- km.
Sampai je dekat traffic light near jetty dalam pukul 10 pagi, dah ada runner bermotosikal tanya kitaorang, "Nak parking ke?". Malas nak layan diaorang sebab nya dah memang plan nak park si Siti depan jeti je walaupun parking lebih mahal sikit - RM15 sehari. Jadi total RM45 untuk 3 hari. Tapi disebabkan parking dah full, terpaksa lah park si Siti di dalam kawasan Masjid India sebelah jeti. Sebenarnya banyak je petak parking kosong tepi jalan berhampiran jeti tu, tapi ye lah. Takde orang monitor, dah la nak tinggal 3 hari. Malas lah nak gamble. Parking dalam Masjid India ni dijaga oleh Imam Sadiq. Kawasan masjid nye kecik je, tapi hebat jugak la Imam ni susun-susun kereta kasi muat jugak parking. Hehe. Parking pun murah sikit, RM10 je sehari, tapi haritu kitaorang bayar RM35 untuk 3 hari. Lebih kurang je lah, lagipun katanya duit parking untuk dana masjid. Cumanya, kunci kereta kena tinggal dekat Imam ni. Mula tu was-was lah jugak sebab, weh! mana boleh senang-senang kasi kunci kereta dekat orang. Tapi Imam ni banyak kali cakap, amanah ni amanah, so percaya je lah. Tu pun puas jugak google-google tengok review orang lain. Semua positif aje, so tawakkal je lah.
![]() | |
Masjid India sebelah Jeti Kuala Kedah. Sumber gambar dari blog Nurul Etyha |
Dah settle bab parking, kitaorang pun heret luggage ke jeti, beli tiket feri di kaunter. Feri ke Langkawi untuk seorang dari Jeti Kuala Kedah RM23. Kalau dari Jeti Kuala Perlis pulak RM18. Kat sini ada ramai lah agent-agent yang cuba nak jual pakej hotel lah, kereta sewa lah, island hopping lah. In fact, Imam Sadiq tu pun ada promote kereta sewa dengan island hopping. Tapi jawab je dah booking, walaupun sebenarnya takde pun. Hihi. Sebabnya kata orang, akan dapat better deal di Langkawi nanti. So kita sabar dulu. Feri pukul 11 pagi, jadi kitaorang pun lepak-lepak dulu sambil tunggu sambil charge phone.
Perjalanan dari jeti Kuala Kedah ke jeti Langkawi ambil masa 2 jam weh. Mati kutu jugak lah lepak dalam feri lama-lama. Dah la bunyi enjin ferry tu sampai bergegor jantung. Nak tidur pun tak feeling. Sempat lah tengok 2 cerita Mr Bean dalam feri tu. Layan aje lah.
Kitaorang sampai ke Jeti Langkawi pukul 1.30 petang lebih kurang. Sampai je situ, niat nya nak ke kaunter untuk cari kereta sewa. Tapi sampai je dekat Arrival, dah ada agent-agent yang offer kereta sewa. Dia offer viva/myvi/axia/iriz dalam RM60 je sehari. Kalau 3d2n tu RM120 je, on selalu lah. Murah lah jugak tu. Ingatnya nak ambil compact car sebab teringin kereta kecik pulak, senang nak parking. Lagipun asyik drive sedan je, sekali sekala tukar angin. Tapi disebabkan stock compact car dah habis, tinggal Saga je, tu pun RM60 jugak sehari, kitaorang pun on je lah, malas cakap banyak. Penyewa kereta ni nama Bob kalau tak silap, badan sado-sado je. Dulu-dulu pun pernah sewa kereta dengan dia. Trusted lah jugak, senang deal. Deposit pun cuma RM50. Kalau tak yakin, boleh inspect dulu kereta nye. Kereta ok je, cuma radio takdo. Terpaksa la menyanyi sendiri dalam kereta. Haha. Jangan suruh laki aku nyanyi woi, hancur! 😆
Macam biasa lah minyak kereta ada 1 bar je, terus lah cari petrol pump. Dari jeti nak ke Pantai Cenang, akan jumpa 2 petrol pump. 1 Shell, 1 Petronas kalau tak silap. Sebelum isi minyak tu, kitaorang isi dulu tank perut sendiri. Ada kedai makan opposite Petronas, lintas jalan je. Harga murah kot, servis pun bagus.
Settle makan dan isi minyak, kitaorang teruskan perjalanan ke Aseania Resort. Dari Kuah ke Pantai Cenang ni ambil masa lebih kurang 30 minit. Kitaorang sampai dalam pukul 2.30. Eh servis resort ni best kot, ada orang tolong angkat beg dari mula kau turun kereta sampai ke bilik. Guest friendly betul. So kasi lah tips sikit. Hehe. Wifi pun bagus, bilik besar, pool pun siap air terjun.
![]() |
Aseania Resort dari tepi jalan. Sumber gambar dari The Island Drum |
Mulanya plan nak pergi Cable Car tapi macam tak sabar je nak swimming di Pantai Cenang. So petang tu kitaorang pun siap-siap pakai baju swimming ke pantai. Jalan kaki je ke sana sebabnya, nak naik kereta kena pusing jauh, jalan situ one way sekarang. Lepas mandi, dengan baju basah-basah tu kitaorang jalan-jalan cari dinner & survey package untuk Island Hopping. Sepanjang jalan tu berlambak-lambak orang offer package macam-macam, Island Hopping la Mangrove Tour la. Tapi dalam ramai-ramai, package yang paling murah dari AB Tour. Kedai/Office nya betul-betul depan AB Motel. Cuma RM25 je seorang, kalau agent-agent dekat jeti tadi letak harga sampai RM35 seorang. Tak ke jimat RM10 seorang. Bila dah bayar, dia akan bagi resit dan sticker untuk di pakai time nak pergi island hopping esoknya. Diorang pun boleh arrange driver datang ambil di lobby hotel. So, settle package island hopping, kitorang singgah Pak Tam Corner untuk dinner. Warung kecik je, harga makanan pun boleh lah, cumanya, Nasi Goreng dia kurang rasa lah. Tapi ok la kenyangg..
Itu je lah aktiviti untuk first day. Dah tua-tua ni nak buat aktiviti banyak-banyak pun tak larat. Lol. So roughly belanja sesampai nya di Langkawi:
- Kereta Sewa RM120
- Minyak RM20
- Lunch RM15
- Tips RM10
- Package Island Hopping RM50
- Dinner RM20
Kachingg!
Comments
Post a Comment